Climate and Weather/ Iklim dan Cuaca
Sinopsis
Kursus ini bertujuan memberi pengenalan kepada prinsip-prinsip cuaca dan iklim,
khususnya berkenaan dengan ciri-ciri dan fenomena-fenomena iklim tropika dan
khatulistiwa. Kursus ini juga mendedahkan para pelajar kepada konsep-konsep asas kaji
cuaca dan iklim, penggunaan pendekatan sistem dalam kaji iklim (sifat-sifat sistem,
sistem terbuka, sistem tertutup dan sistem terpencil); sistem bumi-atmosfera dan sistemsistem
semula jadi yang terkandung dalamnya; keseimbangan sistem-sistem tenaga, pola
taburan tenaga, perubahan bentuk-bentuk tenaga dan jenis-jenis tenaga; tenaga bahangan,
imbangan bahangan dan pemindahan tenaga sedunia; bentuk-bentuk lembapan,
keseimbangan lembapan atmosfera dan kitaran hidrologi; daya-daya pergerakan
atmosfera, edaran umum dan angin tempatan; iklim sebagai sumber dan bahaya/bencana;
pengaruh iklim terhadap seni bina rumah dan bangunan; manusia dan modifikasi iklim;
sumber-sumber pencemaran udara (semula jadi, gabungan/kombinasi dan ciptaan
manusia), kesan-kesan pencemaran udara terhadap cuaca dan iklim, cara-cara mengawal
pencemaran udara daripada segi global, nasional dan tempatan (termasuk individu);
fenomena haba bandar, kubah habuk dan kesan rumah hijau; dan isu-isu iklim global
seperti pemanasan global, El Nino dan La Nina, penggurunan, penipisan lapisan ozon,
kehabisan sumber air tawar dan isu-isu semasa jerebu, hujan asid, bencana iklim, dan
lain-lain isu yang berkenaan dengan cuaca dan iklim.
|